Kita bertuah kerana mempunyai pemimpin seperti DS Najib Tun Razak yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat. Kita juga bertuah kerana mempunyai pemimpin negeri seperti Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob, beliau sentiasa mengikuti perkembangan krisis Mesir dan nasib rakyat Malaysia amnya dan rakyat Negeri Pahang khususnya.
Adnan sentiasa mendapatkan maklumat terkini maklumat krisis yang melanda di negara Timur Tengah tersebut. Keprihatinan kerajaaan sedikit sebanyak mengurangkan kegusaran ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka. Datuk Seri Di Raja Adnan Yaakob juga pernah berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibubapa tentang anak mereka yang tidak dapat dikesan selama 3 hari.
Terima Kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana melaksanakan Misi Menyelamat sekaligus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Kita sebagai rakyat Malaysia tumpang gembira kerana anak Malaysia selamat pulang ke Tanah Air.

Saya Perjuangan..
ReplyDeleteSAYA amat tertarik dengan penulisan blog anda yang ternyata ada kualiti yang tersendiri.
Ianya juga memberi peransang buat saya untuk memantapkan lagi penulisan saya.
SYABAS saya ucapkan buat anda kerana berjaya mengendalikan blog ini dengan begitu mantap.
Saya telah linkkan blog anda dalam senarai blog pilihan di blog saya agar pengunjung blog saya dpat bkongsi penulisan anda.
Sekian, Salam Kasih ikhlas dari,
Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat
http://gelombang-rakyat.blogspot.com/