19 January 2011

Landasan Baru Kereta Api Pantai Timur

Kajian bina landasan baru kereta api Pantai Timur siap Mac

KUANTAN 19 Jan. – Kajian mengenai pembinaan landasan baru kereta api dari Kuala Lumpur ke negeri-negeri Pantai Timur dijangka siap pada Mac ini.
 
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, kajian mengenai laluan Lembah Klang-Mentakab-Kuantan-Kuala Terengganu-Tumpat itu, yang dijalankan oleh sebuah syarikat perunding sejak Disember 2009 dan sepatutnya siap setahun kemudian, dilanjutkan sehingga Mac tahun ini memandangkan terdapat beberapa aspek yang masih perlu dikaji semula dengan lebih teliti termasuk aspek ekonomi dan kewangan.

"Saya berharap kajian itu akan memberi gambaran satu projek infrastruktur laluan Pantai Timur dapat diwujudkan pada masa depan, dan sekiranya ini dapat dilaksanakan, ia akan memberi keuntungan bukan saja kepada Pantai Timur malah keuntungan jangka panjang kepada negara,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pelabuhan Kuantan di sini.

Abdul Rahim berkata, laluan itu wajar dilaksanakan memandangkan ekonomi di kawasan Pantai Timur sangat aktif, sekali gus menjadi faktor pemangkin kemajuan Wilayah Ekonomi Pantai Timur. – Bernama

07 January 2011

Perasmian Laman Blog "Rodong Kita" Dan Facebook JKPKPKK



YB. YB Dato' Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri
sedang melancarkan Laman Blog Rodong Kita dan Facebook JKPKPKK disaksikan oleh ADUN Guai YB Norol Azali, Pengerusi KPKK Negeri Pahang Hajjah Hasnah Hasan, Pengarah-Pengarah KPKK Negeri Pahang dan pegawai/kakitangan KPKK Negeri Pahang.